Wartawan Indonesia buta ditembak polis Hong Kong

Wartawan Suara Hong Kong News Veby Mega Indah ditembak berdekatan Stesen MRT Wan Chai pada Ahad lalu ketika sedang membuat siaran langsung menerusi Facebook. -FOTO: AGENSI
Wartawan Suara Hong Kong News Veby Mega Indah ditembak berdekatan Stesen MRT Wan Chai pada Ahad lalu ketika sedang membuat siaran langsung menerusi Facebook. -FOTO: AGENSI
A
A
A

HONG KONG - Seorang wartawan Indonesia yang berpangkalan di Hong Kong disahkan buta sebelah mata selepas terkena peluru getah dilepaskan polis anti rusuhan semasa membuat liputan tunjuk perasaan di hab kewangan Asia itu minggu lalu.

Veby Mega Indah terkena tembakan di mata kanan ketika tunjuk perasaan pro-demokrasi bertukar ganas berhampiran Stesen MRT Wan Chai.

Berita malang menimpa editor akhbar Suara Hong Kong News itu disampaikan peguamnya Michael Vidler.

Menurut Vidler, doktor yang merawat Veby mengesahkan anak mata kanannya pecah menyebabkan dia mengalami buta kekal.

Video memaparkan Veby terkena tembakan dan dibantu sekumpulan wartawan asing tular beberapa hari lalu selepas ia dimuat naik ke laman media sosial.

Semasa kejadian Veby memakai topi keledar dan jaket pelindung dengan label 'media'.

Susulan kejadian itu Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Hong Kong menuntut penjelasan rasmi daripada pihak berkuasa bagi mengetahui kronologi insiden itu.

Menurut media tempatan Suara Hong Kong News merupakan akhbar utama buat warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong. - Agensi

Artikel Berkaitan: