Tokan dadah dicekup ketika mahu lelap

Chee Khoon (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
Chee Khoon (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Seorang tokan dadah dicekup ketika ingin melelapkan mata dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebuk Berihun di sini pagi tadi.

Suspek berusia 38 tahun ditahan sepasukan polis dari unit Task Force Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada jam 4.45 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, hasil pemeriksaan menemui lima peket plastik lut sinar berisi dadah seberat 32.49 gram bernilai RM950.

Menurutnya, suspek kemudian ditahan manakala dadah yang ditemui dirampas untuk siasatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki tiga rekod narkotik lampau.

"Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis morfin," katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sabak Bernam di sini hari ini.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: