Kastam bongkar sindiket rokok guna setem palsu

Antara jenis rokok yang dirampas Kastam dalam Ops Tampal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Antara jenis rokok yang dirampas Kastam dalam Ops Tampal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
A
A
A

DENGKIL - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menumpaskan sindiket penjualan rokok yang menggunakan setem palsu dan penyeludupan rokok tidak sah di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Paddy Abdul Halim berkata, seramai 29 individu diberkas membabitkan jumlah rampasan rokok dan kenderaan mencecah RM18.13 juta melalui Ops Tampal itu.

Menurutnya, bagi sindiket rokok yang menggunakan setem palsu, Kastam merampas 22 juta batang rokok putih dan 26,200 batang rokok kretek dianggarkan bernilai RM2.2 juta dan cukai RM14.76 juta.

"Kita turut menyita 15 van," katanya.

Paddy menunjukkan antara rokok yang dirampas Kastam dalam Ops Tampal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Paddy menunjukkan antara rokok yang dirampas Kastam dalam Ops Tampal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Beliau memberitahu, operasi berkenaan juga berjaya mematahkan sindiket penyeludupan rokok dengan rampasan 1.5 juta batang rokok putih serta 30,200 batang rokok kretek dengan anggaran nilai RM153,000 dan duti cukai RM1.02 juta.

"Sebuah lori tiga tan dan lima van juga disita," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Operasi selama 14 hari bermula 22 September lalu dijalankan dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 150 orang.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada rokok bersetem palsu itu diseludup dari negara luar atau beroperasi di dalam negara.

Antara jenis rokok yang dirampas Kastam dalam Ops Tampal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Antara jenis rokok yang dirampas Kastam dalam Ops Tampal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

"Sehingga 1 Oktober lalu, sebanyak 86 akaun bernilai RM16 juta telah dibekukan selaras dengan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001," katanya.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976.

Paddy memberitahu, orang ramai boleh membantu Kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan lain-lain dengan menyalurkan maklumat di talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke pejabat Kastam berhampiran.

Paddy (tengah) menunjukkan antara rokok yang dirampas Kastam dalam Ops Tampal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Paddy (tengah) menunjukkan antara rokok yang dirampas Kastam dalam Ops Tampal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.