Iraq umum perintah berkurung di Baghdad

Penunjuk perasaan di Iraq berhimpun di Dataran Tayaran, Baghdad semalam bagi menyuarakan bantahan terhadap pelbagai isu termasuk rasuah. - Foto AFP
Penunjuk perasaan di Iraq berhimpun di Dataran Tayaran, Baghdad semalam bagi menyuarakan bantahan terhadap pelbagai isu termasuk rasuah. - Foto AFP
A
A
A

BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi mengisytiharkan perintah berkurung di Baghdad bermula awal pagi ini hingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak susulan protes anti kerajaan selama dua hari yang bertukar ganas.

"Kenyataan ketua komander pasukan tentera: Semua kenderaan dan individu dilarang sama sekali memasuki Baghdad bermula jam 5 pagi (waktu tempatan) hari ini sehingga notis lanjut," kata Abdul Mahdi dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu mereka yang berurusan di Lapangan Terbang Baghdad, ambulans, pekerja kerajaan di hospital, jabatan bekalan elektrik dan air serta jemaah keagamaan dikecualikan daripada perintah berkurung terbabit.

Difahamkan terpulang kepada gabenor wilayah untuk membuat keputusan sama ada mahu mengisytiharkan perintah berkurung di wilayah masing-masing di Iraq.

Terdahulu pihak polis berkata perintah berkurung dikenakan di bandar Nasiriyah, Amara dan Hilla.

AFP melaporkan ribuan penunjuk perasaan berdepan peluru hidup dan gas pemedih mata dalam rusuhan yang mengakibatkan sembilan maut dalam tempoh 24 jam.

Protes yang tercetus di Baghdad sejak Selasa lalu kini menular ke bandar lain di selatan Iraq penunjuk perasaan dilaporkan menyuarakan bantahan terhadap isu rasuah, kegagalan perkhidmatan awam dan pengangguran yang mencengkam negara itu. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Arab Spring kembali?

Artikel Berkaitan: