Tiada perbincangan peralihan jawatan PM

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada perbincangan untuk menyegerakan peralihan pucuk pimpinan negara.

Tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, situasi semasa perlu dikaji sebelum menyerahkan tampuk pimpinan kepada bakal Perdana Menteri kelapan.

"Kita tidak bincang apa-apa. Untuk tetapkan tarikh mengenai peralihan kuasa... ada kerja yang separuh siap atau belum dibuat lagi, jadi susahlah," katanya lagi.

Sabtu lalu, bekas Naib Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, jawatan Perdana Menteri perlu diserahkan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sekurang-kurangnya dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi memberi ruang untuknya bersedia.

Kenyataan Syed Husin itu mendapat respons balas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Harapan dan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berhujah, "rakyat dahagakan pembaharuan dan penambahbaikan, bukan obsesi transisi, bukan perebutan kuasa dan bukan politik sabotaj. Obsesi transisi dan “excessive politicking” memusnahkan impian kerajaan untuk membawa reformasi yang menyeluruh dan memulihkan ekonomi negara."

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq jawab tuduhan Syed Husin terhadap Tun M

Sebelum ini, Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menjelaskan tiada tempoh tepat dinyatakan dalam mana-mana dokumen mengenai peralihan kuasa melibatkan Perdana Menteri ke-7 dan bakal PM ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah katanya, perkara itu hanya digembar-gemburkan menerusi media.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya peralihan kuasa itu akan berlaku sebagaimana perjanjian sebelum ini.

Tiada tempoh tepat bila Anwar akan ganti Tun M, kata Kadir