Pas Johor akan pastikan kemenangan calon pembangkang

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pas Johor akan berjuang bersama-sama gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil ( PRK) Tanjung Piai selari dengan kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, jentera pilihan raya Pas akan memulakan persediaan dan menggerakkan serta menyusun tenaga kerja bagi menghadapi PRK itu.

Katanya, Pas Johor menyokong sepenuhnya dan membantu kemenangan calon dari blok pembangkang dengan semangat Muafakat Nasional yang akan menentang calon Pakatan Harapan (PH).

"Melalui semangat Muafakat Nasional, Pas Johor akan bantu sepenuhnya calon dari blok pembangkang," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Tanjung Piai 16 November

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin mengumumkan tarikh penamaan calon PRK Tanjung Piai pada 2 November manakala mengundi pada 16 November depan.

PRK Tanjung Piai (P165) diadakan berikutan kekosongan kerusi parlimen tersebut selepas penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia di Hospital Pontian pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Calon 18 tahun dibenar bertanding PRK Parlimen Tanjung Piai

Artikel Berkaitan: