X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas maut motosikal masuk parit

Mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas motosikalnya terbabas dan terjunam ke dalam parit.
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pekerja kedai makan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Tahir Manan, Jeram di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Zainal Basar, 66, disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Jalan Raja Abdullah ke rumahnya di Kampung Bukit Cherakah

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha Ego ditunggang mangsa gagal dikawal sebelum terbabas lalu terperosok ke dalam parit," katanya.

Beliau memberitahu, hasil bedah siasat di Hospital Tanjong Karang mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh ke dalam parit berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus