Golongan manusia yang ditindas

Imran Khan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Foto Agensi
Imran Khan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Foto Agensi
A
A
A

PADA perhimpunan agung tahunannya, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mendesak memohon campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kashmir, dan memberi amaran mengenai akibat menghina seluruh rakyatnya kerana agama yang diamalkannya.

Hasilnya, seperti yang disampaikan oleh beliau, akan berlaku “mandi darah”.

Semasa memohon kes itu untuk penduduk Kashmir, Imran Khan mengetengahkan fakta yang penting dan mengubah persepsi orang luar mengenai umat Islam dengan “Islam terrorism”.

Prinsip dasar semua agama menggalakkan belas kasihan dan keadilan.

Tetapi gelombang Islamophobia telah menyebabkan peminggiran umat Islam di seluruh dunia seterusnya mendorong radikalisasi sesetengah daripada mereka untuk bertindak melawan semangat Islam.

Semua ini membuatkan Islamophobia termasuk di dalam kitaran keganasan yang semuanya terlalu endemik di dunia hari ini.

Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca kepada masalah ini yang berkemungkinan berasal daripada hak veto yang diberikan kepada jaguh Perang Dunia kedua.

Perdana Menteri Malaysia itu sudah lama memperjuangkan kebenaran bahawa keganasan global hanya boleh diselesaikan dengan cara menangani punca dan bukannya simptom-simptom kebimbangan yang boleh mendorong manusia untuk bertindak ganas.

Artikel Berkaitan:

Namun, peperangan yang tidak berkesudahan “War on Terror” yang mensasarkan target secara eksklusif terhadap orang Islam telah mengakibatkan penciptaan golongan kelas bawahan secara global.

Kempen tersembunyi dan berbahaya ini bukannya kebetulan, tetapi ianya perancangan teliti yang telah membawa kepada realiti hari ini, realiti hidup 1.5 bilion manusia di muka bumi ini.

Kesimpulan daripada Perang Dingin telah menimbulkan keperluan kepada persona menakutkan yang bermula daripada kalangan pemimpin negara Arab lalu berkembang tanpa batas di Timur Tengah dan Timur Dekat telah memberi kesan kepada umat Islam di setiap negara, sama ada mereka adalah kumpulan minoriti ataupun majoriti.

Serangan ketenteraan yang seolah-olah tidak berkesudahan di Palestine, Afghanistan, Iraq, Syria dan sekarang mungkin Iran telah melalaikan dunia tentang kekejaman yang dilakukan terhadap orang Arab dan orang Islam sehingga ia menjadi hal yang remeh.

Apabila seluruh populasi dipinggirkan, dihancurkan dan dianiayai, maka kesudahannya semakin ramai yang akan ditindas, sebahagian yang lain akan menjadi radikal, tetapi semuanya akan dinyahmanusiakan - dijadikan golongan manusia kelas kedua - yang pada asasnya apabila golongan tertindas ini diserang, mereka tidak akan lagi melolong kesedihan.

Setiap kali berlaku pertumpahan darah dalam kalangan orang Islam, sebahagian besar komuniti dunia hanya menjadi penonton.

Ini kerana, masyarakat dunia sudah mula memandang orang Islam sebagai suatu yang remeh kepada manusia, kurang daripada orang lain. Ini sudah tentu sulit bagi orang Islam, dan tidak juga sedikit pun menarik perhatian dan memberi impak kepada kesejahteraan orang bukan Islam.

Siapa yang mahu hidup dalam kalangan masyarakat yang mana seluruh populasinya dipisahkan sebagai kelas bawahan, dengan hak, nilai, dan merit yang lebih kecil?

Kekuatan dan usaha diperlukan untuk membela nasib rakyat yang ditindas ini adalah sangat besar dan sebenarnya tidak dapat dipertahankan.

Tembok Israel di sekitar Gaza boleh dikatakan tidak berperikemanusiaan dan kejam.

Bayangkan jika ianya meluas seribu kali ganda daripada sekarang, menjejaskan enam bilion manusia berbanding enam juta manusia? Ini akan menjadi mimpi buruk yang tidak boleh digambarkan untuk kedua-dua golongan, orang yang dianiaya dan penindas.

Dan akhirnya, matlamat yang ingin dicapai semakin jelas. Sama ada betul atau tidak, dengan sengaja atau sebaliknya, ia tersebar secara meluas dan tidak relevan, dan inilah realiti yang dihadapi sekarang.

Lebih memburukkan lagi keadaan, tidak ada tanda masalah ini akan hilang, malah makin dibesarkan.

Mungkin pandangan Greta Thunberg itu betul, bahawa pemanasan global akan mencairkan semua salji terlebih dahulu daripada situasi ini dihentikan.

Walau bagaimanapun, semua ini mungkin boleh diselesaikan oleh “global conflict of apocalyptic proportions”, satu lagi peperangan yang sebenarnya sedang berlaku.

Perang ke atas Keganasan”, yang dilancarkan selepas serangan pengganas 9/11, telah berlalu dengan pantas, lebih lama daripada tempoh gabungan Perang Dunia 1 dan 2.

Dianggarkan 70 juta orang mati di dalam peperangan yang terakhir - bersamaan 3 peratus penduduk dunia pada ketika itu. Hari ini, umat Islam di seluruh dunia menyumbang kepada 20 peratus daripada populasi dunia, jika diberikan waktu dan ruang, lebih banyak derita dan kesengsaraan yang bakal menanti umat Islam.