Liverpool terpaksa kerah keringat sebelum menang 4-3

Salah meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam aksi menentang Salzburg awal pagi tadi. - Foto Getty Images
Salah meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam aksi menentang Salzburg awal pagi tadi. - Foto Getty Images
A
A
A

PENYANDANG juara musim lalu, Liverpool berdepan kesukaran untuk mencari tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara sebelum akhirnya merekodkan kemenangan 4-3 menentang Red Bull Salzburg awal pagi tadi.

Beraksi di Anfield dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, The Reds pada awalnya unggul dengan 3-0 hasil jaringan Sadio Mane pada minit ke-9, Andrew Robertson (m-25) dan Mohamed Salah (m-36).

Salzburg kemudiannya berjaya merapatkan jurang jaringan di babak pertama hasil jaringan Hwang Hee-Chan pada m-39.

Memasuki separuh masa kedua perlawanan, Salzburg yang dibimbing Jesse Marsch umpama mendapat tonik dengan merapatkan kedudukan dalam tempoh kurang lima minit melalui jaringan Takumi Minamino dan Erling Haaland,masing-masing pada m-56 dan m-60.

Tersentak dengan kebangkitan mengejut lawan, anak buah Juergen Klopp kembali mengatur langkah sebelum Mohamed Salah menjelmakan gol kemenangan pertama buat pasukannya melalui jaringan pada m-69.

Kesukaran dalam aksi berkenaan diakui sendiri oleh Salah sambil menyifatkan Salzburg hampir membuatkan Liverpool gagal untuk meraih tiga mata pertama.

"Saya rasa mereka (Salzburg) bermain dengan tampil bagus dan selepas mereka memperoleh tiga gol. Ketika itu perlawanan sukar buat kami.

"Kami cuba untuk terus fokus dan ketika kami mendahului 3-0, naluri kami mahukan lebih lagi gol. Ternyata sukar namun saya gembira dengan kemenangan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Liverpool sebelum ini tewas 0-2 menentang Napoli dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan pada 18 September lalu.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Genk dan Napoli terikat tanpa jaringan dalam aksi yang berlangsung di Luminus Arena.

Napoli kini mengungguli kumpulan dengan empat mata diikuti Liverpool dengan tiga mata.

Keputusan perlawanan lain:

Kumpulan F

Slavia Prague 0-2 Borussia Dortmund

Barcelona 2-1 Inter Milan

Kumpulan G

RasenBallsport Leipzig 0-2 Lyon

Zenit 3-1 Benfica

Kumpulan H

Lille 1-2 Chelsea

Valencia 0-3 Ajax