Tidak perlu wujudkan cukai baharu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak perlu diwujudkan cukai baharu sebaliknya kerajaan perlu mengawal perbelanjaan mereka, kata Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan cadangan Bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berkaitan kekurangan pada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Begitupun, beliau tetap berpendapat adalah lebih baik perbelanjaan dikawal sehingga tidak perlu kerajaan mewujudkan cukai baharu.

“Fokuskan bagaimana dapat kawal kos emolumen yang mewakili 26 peratus perbelanjaan negara dan juga hutang Kerajaan Persekutuan yang mewakili 16 peratus.

“Kalau kedua-dua kos ini dapat dikurangkan, tak perlu buat cukai baharu pun,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Jomo Kwame mencadangkan kerajaan harus menggantikan SST yang dilaksanakan sejak 1 September tahun lalu kepada sistem percukaian pintar.

Menurutnya, masa semakin suntuk untuk kerajaan mengubah sistem percukaian negara sempena pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober ini.

Katanya lagi, peralihan kaedah penjanaan pendapatan untuk negara wajar bersandarkan sistem percukaian pintar yang berteraskan model lebih progresif.

Artikel Berkaitan: