Polis musnah bom lama

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Sebutir bom lama dipercayai tinggalan daripada perang dunia kedua dimusnahkan di sebuah kawasan selamat di Bentong dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata, bom itu diletupkan sekitar 12.30 tengah hari tadi oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

"Bom itu ditemui sekumpulan pekerja di tapak pembinaan di Genting Permai, Genting Highlands ketika melakukan aktiviti mengorek tanah yang melaporkan perkara itu kepada polis.

"Bom berukuran 104 sentimeter (cm) dengan ukuran lilit 86.36cm jenis Aerial itu ditemui dalam keadaan berkarat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: