Husam diperintah bayar ganti rugi, mohon maaf di akhbar

Kompleks Mahkamah Kota Bharu. Gambar kecil: Husam Musa
Kompleks Mahkamah Kota Bharu. Gambar kecil: Husam Musa
A
A
A

KOTA BHARU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa diarah Mahkamah Tinggi di sini semalam supaya membuat permohonan maaf di akhbar dan membayar ganti rugi kepada Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) berkait kenyataan palsu di Facebook serta ceramah beliau.

Hakim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan KPK selaku plaintif terhadap Husam sebagai defendan.

Jumlah keseluruhan kos ganti rugi am dan khas tersebut ditetapkan untuk didengar di hadapan pendaftar mahkamah pada 29 Oktober ini.

Beliau turut memerintahkan permohonan maaf daripada Husam pula perlu diiklankan di akhbar harian Bahasa Melayu selama sehari tanpa syarat dengan terma permohonan itu ditentukan oleh KPK.

KPK memfailkan saman pada September 2017 dengan menamakan Husam sebagai defendan berikutan kenyataan dan ceramah Husam terhadap anak syarikat kerajaan negeri itu.

Plaintif diwakili peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Aimi Shazwani Yaakob manakala Husam diwakili Zayumi Murtadza.

Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan didakwa membuat kenyataan tidak benar yang berunsur fitnah di Facebook dan dalam ucapan ceramah beliau terhadap KPK sebelum ini.

Artikel Berkaitan: