Isu kuota benih padi selesai, kementerian lulus permohonan

Salahuddin (tengah) bersama petugas-petugas HPPNK 2019 pada Majlis Countdown Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini. Turut serta ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sin Tze Tzin (lima dari kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan (enam dari kanan) dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Azulita Salim (lima dari kanan). - Foto: Sharifudin Abdul Rahim

A
A
A

PUTRAJAYA - Dilema lebih 4,000 pesawah di Bagan Serai Perak yang dilaporkan bimbang tidak dapat memulakan musim penanaman padi berikutan kesukaran mendapat benih padi sah daripada pembekal dianggap selesai selepas Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan permohonan penyusunan semula kuota benih padi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, keputusan MOF diperoleh setelah pihaknya menghantar permohonan penyusunan semula kuota sebanyak 2,500 tan benih padi kepada kementerian itu baru-baru.

Beliau berkata, pihaknya yakin dapat menyelesaikan perkara itu secepat mungkin seperti dijanjikan dan memberikan kuota kepada pembekal lain untuk membekalkan benih padi berkenaan kepada petani.

"Keputusan dah dapat dari MOF maka beres...'We walk the talk'.

"Tidak akan ada masalah lagi," katanya pada sidang akhbar selepas majlis 'countdown' menjelang Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di sini hari ini.

Terdahulu Salahuddin dilaporkan mengambil maklum isu kegagalan pesawah terbabit memulakan musim penanaman padi kerana tidak mendapat bekalan benih padi sah daripada syarikat berkaitan.

Beliau kemudiannya menyuarakan komitmen bahawa kemelut berupaya menjejaskan kadar pengeluaran hasil padi negara itu, akan diselesaikan secepat mungkin dan sudah menghantar permohonan penyusunan semula kuota benih padi kepada MOF untuk dipertimbangkan.

Katanya, MOA akan memberikan kuota kepada pembekal lain untuk membekalkan benih padi berkenaan kepada petani selepas mendapat kelulusan daripada MOF.

Artikel Berkaitan: