X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Tukar kadar kenaikan cukai taksiran belum diputuskan

Kon Yeow (tengah) bersama beberapa Exco Kerajaan Pulau Pinang menunjukkan senarai impak cukai taksiran mengikut kategori harta tanah pada sidang media tadi.
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang belum memutuskan untuk menukar kadar kenaikan cukai taksiran walaupun menerima banyak tentangan daripada rakyat berhubung perkara tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga sesi pendengaran awam tamat.

Menurutnya, sebarang keputusan perlu dibuat sebelum 1 Januari tahun depan berikutan senarai kenaikan cukai itu akan dilaksanakan pada tarikh tersebut.

"Kita akan lihat dahulu, keputusan akan dibuat selepas sesi pendengaran awam selesai kerana dalam sesi itu ada banyak pandangan dan bantahan yang kita perolehi. Selepas sesi itu selesai, pihak berkuasa wajib membuat keputusan.

"Pada waktu itu baharu kita akan buat keputusan. Buat masa ini belum boleh keputusan lagi. Bagaimanapun keputusan perlu dibuat sebelum 1 Januari 2020 kerana senarai kenaikan ini akan berkuatkuasa pada tarikh berkenaan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya tadi.

Dalam sidang media sama, Kon Yeow turut mengumumkan impak cukai taksiran mengikut kategori harta tanah bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

"Bagi kediaman bertanah (kos rendah dan sederhana rendah) di kawasan pulau, keseluruhan unit kategori itu iaitu 1,795 unit dikenakan kenaikan tidak melebihi RM30. Untuk kediaman bertanah, 69,774 unit akan dikenakan kenaikan kurang daripada RM500.

"Manakala 90,949 unit kediaman berstrata (kos rendah dan sederhana rendah) kurang daripada RM85 dan 101,026 unit pangsapuri atau kondominium dikenakan kenaikan kurang daripada RM200," katanya.

Beliau berkata, di bawah MBSP, 23,337 unit kediaman bertanah (kos rendah dan sederhana rendah) akan mengalami kenaikan kurang daripada RM50.

"Selain itu, 128,578 unit kediaman bertanah akan naik kurang daripada RM100 manakala 33,082 unit kediaman berstrata (kos rendah dan sederhana rendah) kurang daripada RM30.

"Bagi 30,589 unit pangsapuri atau kondominium, kenaikan dalam setahun tidak akan melebihi RM50," katanya.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan menaikkan cukai taksiran dianggarkan sehingga 30 peratus yang dinilai mengikut kategori hartanah bermula tahun depan.

Kenaikan itu berdasarkan kadar cukai taksiran sedia ada yang tidak disemak sejak 15 tahun lalu, selain peningkatan kos pengurusan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!