Siasatan kes video intim mirip menteri belum selesai

Mazlan Mansor
Mazlan Mansor
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis masih menyiasat kes membabitkan video intim melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu mirip seorang menteri.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan video tersebut.

“Siasatan belum selesai, saya tidak akan beritahu apa-apa buat masa ini," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penutup Kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSKK), Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) sesi 2017/2019 di sini hari ini.

Awal bulan lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador turut menyatakan siasatan video intim yang didakwa membabitkan Timbalan Presiden PKR itu masih berjalan.

Abdul Hamid memaklumkan bukan senang untuk pihaknya menjalankan siasatan terhadap kes yang begitu tinggi sudut teknikal.

Haziq Abdullah sebelum ini tampil mengaku sebagai salah seorang individu yang dipaparkan dalam klip video seks berkenaan.

Artikel Berkaitan: