Spiderman sambut murid tahun satu

Zaiton bersama Spiderman menyambut kedatangan murid pada hari pertama sesi persekolahan 2019.
Zaiton bersama Spiderman menyambut kedatangan murid pada hari pertama sesi persekolahan 2019.
A
A
A
PASIR PUTEH - Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pak Amat menggunakan khidmat 'Spiderman' untuk menyambut kedatangan murid tahun satu pada hari pertama sesi persekolahan 2019 hari ini.

Guru Besarnya, Zaiton Jaafar berkata, penampilan lelaki yang mengenakan kostum adiwira itu berjaya menarik perhatian murid.

Menurutnya, murid tahun satu memasuki sekolah dengan ceria kerana sempat bergambar bersama Spiderman.

"Kita buat ini untuk menarik minat murid ke sekolah bagi memulakan pembelajaran dengan penuh keceriaan.

"Kita mahu murid tahun satu yang pertama kali menjejakkan kaki di sekolah, gembira," katanya.
Artikel Berkaitan:


Selain itu pihaknya turut menyediakan cenderahati kepada 100 murid pertama yang tiba di sekolah.

Program menyambut kedatangan murid itu diadakan selama tiga hari yang berakhir Khamis ini.

"Tahun ini kita menerima 103 murid tahun satu yang mendapat dorongan baik ibu bapa masing-masing," katanya.