Pep Guardiola sindir Dinamo Zagreb

Raheem Sterling meraikan jaringannya pada minit ke-66 bagi membantu City menumpaskan Dinamo Zagreb, 2-0 di Stadium Etihad awal pagi tadi. FOTO: FB MANCHESTER CITY
Raheem Sterling meraikan jaringannya pada minit ke-66 bagi membantu City menumpaskan Dinamo Zagreb, 2-0 di Stadium Etihad awal pagi tadi. FOTO: FB MANCHESTER CITY
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyindir Dinamo Zagreb seperti pasukan yang tidak mahu bermain di mana hanya berkampung di kotak penalti dalam aksi kedua peringkat Kumpulan C, awal pagi tadi.

Beraksi di Etihad, The Citizens terpaksa menunggu pada minit ke-66 melalui jaringan pemain lincah, Raheem Sterling dan pemain muda berbakat besar, Phil Foden, m-90.

Kedua-dua penjaring gol City itu merupakan pemain gantian pada separuh masa kedua di mana Sterling dimasukkan menggantikan Bernando Silva (m-56) manakala Foden menggantikan David Silva (m-89).

“Mereka bertahan dengan sangat baik dalam situasi satu lawan satu dan sangat agresif. Mereka meletakkan 10 pemain di kotak penalti. Mereka tidak mahu bermain.

“Mereka menunggu bola-bola mati tetapi kami bermain dengan penuh sabar. Akhirnya kami mempunyai peluang hasil daripada penguasaan bola untuk meledakkan dua gol,” kata Guardiola.

Berdasarkan analisis Opta, City merekodkan 20 percubaan di mana enam daripadanya tepat ke arah gawang manakala Dinamo Zagreb hanya melakukan dua percubaan.

City kini mengungguli kumpulan dengan enam mata diikuti Shakhtar Donetsk dan Dinamo Zagreb, masing-masing 3 mata manakala Atalanta tanpa sebarang mata selepas tewas dalam dua perlawanan.

Artikel Berkaitan: