X

Kindly register in order to view this article
!

Diherdik kerana mahu hutang beras

Mohd Azlan (kiri) pada Program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada Sabtu lalu.
A
A

SIAPA sangka dengan berbekalkan RM1.30 hasil pemberian ibu tercinta, anak keenam daripada 16 adik-beradik ini mampu menjadi seorang ahli perniagaan dalam bidang hartanah yang berjaya.

Itulah realiti yang berlaku kepada Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, hasil tindakan nekadnya keluar dari rumah lebih 10 tahun lalu demi membantu mengubah kehidupan keluarga.

Pada mulanya, tindakan itu mengejutkan ibunya kerana ketika itu dia masih lagi belajar di Kolej Islam Sains dan Teknologi Bachok, Kelantan dan hanya berbaki tiga semester untuk menamatkan pengajiannya.

Bagaimanapun melihatkan kepada tekad Mohd Azlan, ibunya mengizinkannya selain memberinya wang sebanyak RM1.30.

“Ketika itu, saya keluar dengan menunggang motosikal yang sudah hampir kehabisan minyak. Saya tetap teruskan hasrat saya untuk keluar dari rumah untuk mula hidup berdikari.

“Kemudian saya bertemu dengan bekas guru saya dan dari situ, saya mula terlibat dengan pengurusan hartanah dan Alhamdulillah, kini saya dah pun bergelar usahawan.

“Syarikat saya di Besut manakala anak syarikat ada di Seksyen 7 Bangi (Selangor),” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Azlan berkata demikian sempena Program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 di Kumpulan Media Karangkraf pada Sabtu lalu.

Program yang bermula pada jam 6.30 pagi itu turut disiarkan secara atas talian di FB Live World #QuranHour. Menurut Mohamad Azlan, bapanya bekerja sebagai buruh kampung manakala ibunya.

Katanya, kedua ibu bapanya itu tegas dalam mendidik anak-anak dari segi adab dan solat.

“Biarpun kami miskin tetapi keluarga kami kaya dengan adab hasil didikan ibu bapa,” katanya.Mohamad Azlan berkata, kenangan diherdik pemilik sebuah kedai ketika mahu berhutang secupak beras suatu ketika dahulu

menjadi bekal semangat Mohamad Azlan sehingga kini.

“Saya masih ingat keluarga kami kehabisan makanan. Jadi saya dan kakak pergi ke kedai untuk berhutang secupak beras namun malangnya kami diherdik.

“Sambil membenarkan kami meminjam secupak beras, pemilik kedai itu meminta kami menjelaskan hutang lama. Bermula dari situ, saya tekad mengubah kehidupan keluarga,” katanya.

Mohamad Azlan berharap agar anak muda di luar sana sentiasa positif dan bersedia menghadapi cabaran untuk berjaya.

“Paling penting kena buat baik dengan ibu bapa, baca al-Quran setiap hari, istiqamah dalam bersedekah, amalkan solat sunat duha dan bantu sesiapa sahaja yang memerlukan,” katanya.

Mohd Azlan (duduk; empat dari kanan) pada Program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 di Shah Alam pada Ahad lalu.
Mohd Azlan (duduk; empat dari kanan) pada Program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 di Shah Alam pada Ahad lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!