Bayern mengamuk di Stadium Tottenham Hotspur

Serge Gnabry meledakkan 4 gol bagi membantu Bayern menumpaskan Spurs 7-2 dalam aksi awal pagi tadi.
Serge Gnabry meledakkan 4 gol bagi membantu Bayern menumpaskan Spurs 7-2 dalam aksi awal pagi tadi.
A
A
A

BAYERN Munich mengamuk dalam aksi kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi tadi selepas membenam Tottenham Hotspur, 7-2.

Gol jaguh Jerman itu disumbangkan masing-masing Serge Gnabry melalui empat gol, Robert Lewandowski (dua gol) dan Joshua Kimmich (satu gol).

Bertandang ke Stadium Tottenham Hotspur, pasukan bimbingan Niko Kovac dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah melalui jaringan pemain bintang Korea Selatan, Heung-Min Son pada minit ke-12.

Bayern bagaimanapun tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan setelah meraih gol penyamaan hasil jaringan Joshua Kimmich, dua minit kemudian.

Selepas itu, Bayern terus mencetak enam lagi gol pada minit ke-45, 53, 55, 83, 87 dan 88 manakala gol kedua Spurs hadir menerusi sepakan penalti pada m-61 hasil jaringan penyerang sensasi, Harry Kane.

Bagi pengendali Spurs, Mauricio Pochettino, beliau menjelaskan beliau kecewa namun optimis pasukannya akan kembali bangkit selepas ini.

“Kami bermain baik pada awal 30 minit tetapi kami tidak beruntung selepas Bayern melebarkan kedudukan sebaik separuh masa kedua.

“Mereka sangat efisen dalam mengawal bola. Kami juga berpeluang untuk menjelmakan gol ketiga tetapi pada minit ke-83 hingga 88, kami dihukum dengan tiga gol,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Selepas berakhirnya aksi itu, Bayern mengungguli Kumpulan B dengan enam mata manakala Spurs di kedudukan keempat dengan satu mata.

Keputusan lain-lain perlawanan:

Kumpulan A

Real Madrid 2-2 Club Brugge

Galatasaray 0-1 PSG

Kumpulan B

FK Crvena Zvezda 3-1 Olympiacos

Kumpulan C

Atalanta 1-2 Shakhtar Donetsk

Manchecter City 2-0 Dinamo Zagreb