X

Kindly register in order to view this article
!

'Mujur kereta tidak tenggelam'

Banjir kilat melanda kawasan Flat PKNS Jalan Tun Razak petang tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan kawasan sekitar Flat PKNS Jalan Tun Razak di sini dilanda banjir kilat petang tadi.

Banjir kilat yang melanda menyebabkan beberapa kenderaan diparkir di kawasan flat berkenaan ada yang ditenggelami air.

Salah seorang mangsa, Dr Siti Aishah Md Radzi berkata, ketika kejadian dia berada dalam kliniknya di flat tersebut.

"Saya ada dalam klinik, saya dengar suara kuat kakitangan klinik saya, saya kemudiannya tengok air dah nak masuk dalam klinik.

"Arus air agak laju masa tu, tak sampai 30 minit air makin tinggi, orang ramai sibuk keluarkan kenderaan masing-masing daripada kawasan flat tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, dia kemudiannya berjaya mengalihkan kereta ke kawasan yang lebih tinggi.

"Masa saya nak cari kunci, air makin naik dekat spoiler, saya keluarkan kereta masa tu air bawah paras lutut dah.

"Lepas saya parkir dekat sebelah bangunan Perkeso, saya patah balik ke klinik, air dah sampai paras lutut," katanya.

Banjir kilat itu bagaimanapun difahamkan kembali surut tidak beberapa lama kemudian.

Kereta milik Dr Siti Aishah yang hampir ditenggelami air.
Kereta milik Dr Siti Aishah yang hampir ditenggelami air.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!