9 keluarga tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

Sembilan rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Baru Lam Lee tengah hari tadi. - Foto Bomba Johor
Sembilan rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Baru Lam Lee tengah hari tadi. - Foto Bomba Johor
A
A
A

YONG PENG - Sembilan keluarga melibatkan 32 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Baru Lam Lee Yong Peng tengah hari tadi.

Komander operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syamil Ariffin berkata, pasukannya berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke tiga buah rumah lagi.

"Kita terima panggilan kecemasan 12.24 tengah hari mengenai kejadian kebakaran yang berlaku di sederet rumah melibatkan sembilan buah rumah di Kampung Baru Lam Lee.

"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus memusnahkan keseluruhan 12 rumah di situ," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua rumah kayu dan batu yang terbakar melibatkan rumah teres dua tingkat dan setingkat jenis separuh kekal.

Katanya, kebakaran memusnahkan 95 peratus semua rumah tersebut namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Operasi pemadaman tamat jam 2 petang. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pasukan bomba mengawal api bagi mengelakkan kebakaran terus merebak ke rumah lain. - Foto Bomba Johor
Pasukan bomba mengawal api bagi mengelakkan kebakaran terus merebak ke rumah lain. - Foto Bomba Johor