Petronas lancar pelincir kurangkan kepanasan enjin berlebihan

MINYAK pelincir Petronas Syntium 7000 Ultimate Series yang baharu turut dipamerkan pada Majlis Pelancaran Produk Pelincir Petronas dan Sesi Bersama Media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) Selasa lalu melancarkan rangkaian produk minyak pelincir baharunya, Petronas Syntium dengan pelincir CoolTech yang membantu mengurangkan kepanasan enjin berlebihan bagi prestasi dan kecekapan yang lebih baik ke pasaran tempatan.

Teknologi oCoolTechTM berfungsi membantu menyejukkan komponen-komponen kritikal enjin. Hal demikian penting bagi memastikan enjin dapat beroperasi dengan lebih berkesan terutama di bawah tekanan.

BARISAN pelincir lain yang turut dipamerkan Petronas.
BARISAN pelincir lain yang turut dipamerkan Petronas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, teknologi tersebut direka untuk kerja penyejukan komponen enjin kritikal agar ia boleh beroperasi dengan cekap walaupun berada di bawah tekanan.

“Produk baharu itu mampu menarik pasaran yang sedang berkembang kerana kami memanfaatkan segmen yang canggih dan kurang mendapat liputan sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pelincir itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETRONAS Syntium 7000 Hybrid dengan CoolTech, pelincir pertama syarikat itu bagi enjin hibrid, menandakan penyertaan pertamanya dalam pasaran kenderaan hibrid yang sedang pantas berkembang.
PETRONAS Syntium 7000 Hybrid dengan CoolTech, pelincir pertama syarikat itu bagi enjin hibrid, menandakan penyertaan pertamanya dalam pasaran kenderaan hibrid yang sedang pantas berkembang.

Hadir sama ialah juara lima kali Kejohanan Formula Satu daripada pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport, Lewis Hamilton dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Lubricants International, Giuseppe D’Arrigo.

Syed Zainal berkata, turut termasuk dalam produk baharu pelincir itu ialah Petronas Syntium 7000 Hybrid dengan CoolTech, pelincir pertama syarikat itu bagi enjin hibrid, menandakan penyertaan pertamanya dalam pasaran kenderaan hibrid yang sedang pantas berkembang.