Dua maut angin kuat landa Eropah Tengah

Dua orang maut dan beberapa yang lain cedera semalam apabila angin kuat menyebabkan pokok tumbang di Eropah Tengah. - Foto Agensi
Dua orang maut dan beberapa yang lain cedera semalam apabila angin kuat menyebabkan pokok tumbang di Eropah Tengah. - Foto Agensi
A
A
A

BRATISLAVA - Dua orang maut dan beberapa yang lain cedera apabila angin kuat menyebabkan pokok tumbang di Eropah Tengah semalam.

Polis Slovakia menerusi laman Facebook mereka berkata, seorang budak lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia serta-merta dan beberapa mangsa lain dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Sementara itu di Poland, jabatan bomba memberitahu seorang maut dan dua lagi cedera apabila pokok tumbang menghempap sebuah kereta di selatan perkampungan Nowy Tart.

Selain itu, lima mangsa lain turut cedera di lokasi berasingan akibat bencana itu.

Difahamkan angin kuat menyebabkan bekalan elektrik terputus dan menjejaskan 30,000 isi rumah di Republik Chech dan 11,000 isi rumah di Slovakia tengah, selain ribuan lagi di Poland.

Pihak berkuasa Slovakia mengeluarkan amaran angin kuat di seluruh negara termasuk amaran ribut di wilayah pergunungan High Tatras di mana angin kuat mungkin mencecah 135 kilometer sejam.

Sementara itu, di lapangan terbang Prague, dua penerbangan terpaksa dilencongkan manakala puluhan penerbangan terpaksa menunggu sejam untuk mendarat kerana angin kuat. - AFP

Artikel Berkaitan: