Penjara wanita di Indonesia sengaja dibakar

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati penjara wanita di Sigi dibakar dengan sengaja. - Foto Kompas
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati penjara wanita di Sigi dibakar dengan sengaja. - Foto Kompas
A
A
A

SULAWESI TENGAH - Penjara wanita di Sigi, Indonesia dibakar dengan sengaja, kata pihak berkuasa.

Ketua Polis Sigi, Wawan Sumantri berkata, ia hasil siasatan awal yang dijalankan di lokasi tempat kejadian.

"Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan terperinci kejadian ini jika ada bukti-bukti baharu," katanya.

Dalam pada itu Sumantri meminta tahanan yang masih bebas agar menyerah diri sebelum tindakan lebih tegas akan dikenakan selepas ini.

Dia yakin tahanan yang berjaya melarikan diri itu masih berada di sekitar kawasan penjara itu memandangkan kawasan pintu masuk sekitar Sigi dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

Seramai 36 tahanan wanita berjaya melarikan diri apabila sebahagian bilik di penjara wanita di Sigi musnah dalam satu kebakaran kelmarin.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan) tetapi berjaya dipadamkan 50 minit kemudian oleh pasukan jentera. - Agensi

Artikel Berkaitan: