Wee Ka Siong turut persoal tarikh PRK Tanjung Piai

Status dimuat naik dalam Facebook hari ini.
Status dimuat naik dalam Facebook hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bukan hanya UMNO malah MCA juga terkesan dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, hari penamaan calon jatuh pada 2 November nanti manakala Perhimpunan Agung MCA telah dijadualkan pada 2 dan 3 November 2019.

“Secara kebetulan ? Ngam betul! Ramai bertanya kenapa SPR buat lambat sangat? Saya pun tak tahu, cuma boleh jawab “itu secara kebetulan”.

“Perhimpunan Agung MCA telah dijadualkan pada 2 dan 3 November 2019 manakala Perhimpunan Agung UMNO pula sudah dijadualkan pada 13 hingga 16 November 2019,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Tambah Ka Siong, sekiranya dihitung kebarangkalian tarikh PRK Parlimen Tanjung Piai bertembung dengan kedua-dua perhimpunan itu, beliau menegaskan kebarangkaliannya hanya 0.00000001.

“Nampaknya MCA dan UMNO perlu membuat pengubahsuaian bagi menghadapi cabaran terbaru ini.

“Apa sekali pun itu semua sudah dijangka dan sebab itu mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA sudi tunda AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) sekiranya bertembung dengan tarikh PRK ini,” katanya.

Tengah hari tadi, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai adalah pada 16 November nanti.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November manakala hari mengundi awal pula pada 12 November nanti.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam 15 November," katanya.

Menurutnya, tarikh buka bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara pada 1 Oktober 2019 manakala ditutup 31 Oktober.

"SPR akan menggunakan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Tanjung Piai 16 November