X

Kindly register in order to view this article
!

Dua wanita tawar seks di MiChat ditahan

Kedua-dua suspek direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan perkhidmatan seks.
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis menahan dua wanita tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Batu Buruk di sini malam semalam.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 25 dan 29 tahun itu ditahan di dalam bilik berasingan di hotel tersebut.

Kedua-duanya yang berasal dari Kelantan dan Pahang itu ditangkap sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang membuat serbuan ke hotel berkenaan kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM1,200 dipercayai hasil aktiviti persundalan.

"Kita turut merampas beberapa barangan antaranya kondom yang sudah dan belum digunakan, dua buah telefon bimbit, pakaian dalam milik mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan kedua-dua wanita itu mencari pelanggan dan menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi MiChat.

Sementara itu, Majistret Noradila Ab Latif membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat hari untuk disiasat di bawah Sesyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan perkhidmatan seks.