Korban banjir di India hampir 140 orang

Walaupun hujan sudah berhenti, air di bandar masih belum surut selain sekolah dan kedai terpaksa ditutup.- Foto AFP
Walaupun hujan sudah berhenti, air di bandar masih belum surut selain sekolah dan kedai terpaksa ditutup.- Foto AFP
A
A
A

PATNA - Jumlah korban akibat banjir di India terus meningkat hampir 140 orang selain menyebabkan hospital dan sekolah dinaiki air hujan yang kotor.

Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata, musim tengkujuh kali ini yang paling teruk sejak tahun 1994.

Menurut pegawai kerajaan, sepanjang empat hari lalu seramai 111 orang meninggal dunia di Uttar Pradesh dan 28 lagi di Bihar.

"Seramai 900 penghuni terpaksa berpindah dari penjara daerah Ballia di Uttar Pradesh untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka selepas air hujan membanjiri," katanya.

Banjir turut menyebabkan hospital dan sekolah dinaiki air hujan yang kotor.- Foto AFP
Banjir turut menyebabkan hospital dan sekolah dinaiki air hujan yang kotor.- Foto AFP

Walaupun hujan berhenti, jalan raya di bandar terus tenggelam dengan sekolah-sekolah dan kedai-kedai ditutup. - Agensi

Artikel Berkaitan: