X

Kindly register in order to view this article
!

Lantik menteri, tiga senator tambahan dari Kelantan

Asran Alias
A
A

KOTA BHARU - Armada Bersatu Kelantan meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melantik seorang menteri penuh dan tambahan tiga senator lagi dari negeri ini.

Ketuanya, Asran Alias berkata, Kelantan memerlukan lonjakan terutama di sudut infrastruktur dan ekonomi yang mana pelantikan seorang menteri penuh dari Kelantan akan menjadi katalis ke arah hasrat itu.

"Buat masa ini tiada menteri penuh dari Kelantan dan saya sangat berharap dengan khabar angin rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku memungkinkan pelantikan seorang menteri penuh dari Kelantan," katanya kepada Sinar Harian.

Asran yang juga Ketua Armada Bahagian Jeli turut mencadangkan agar beberapa senator lagi dilantik dari negeri Kelantan.

"Kita perlukan suara kerajaan Pusat yang lebih kuat di Kelantan. Penambahan beberapa orang senator dari Kelantan akan membantu melancarkan representasi rakyat Kelantan di dalam kerajaan Pusat.

"Saya mencadangkan agar Datuk Kamaruddin Md Nor dari Bersatu, Datuk Seri Supardi Md Nor dari PKR dan peguam Hisham Fauzi dari Amanah dilantik sebagai senator,” katanya.

Tambahnya, kesemua mereka sangat berkelayakan dan pelantikan itu pasti membantu mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) Kelantan seterusnya membantu representasi pentadbiran kerajaan Pusat di negeri ini.

"Kita berhasrat untuk menjadikan PH dekat dengan rakyat dan memenuhi aspirasi Malaysia Baru secara akar umbi di negeri Kelantan,” katanya.

Setakat ini senator dari Kelantan ialah Datuk Husam Musa (Amanah) dan Dr Mohd Radzi Jidin (Bersatu),


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus