Dividen LTAT rendah kerana salah labur: Mohamad Sabu

Mohamad Sabu beramah mesra dengan pengamal media pada majlis Sekalung Budi Media Pertahanan. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Mohamad Sabu beramah mesra dengan pengamal media pada majlis Sekalung Budi Media Pertahanan. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu terus mempertahan pemberian dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang rendah bagi tahun kewangan berakhir 2018 kerana salah labur.

Beliau berkata, pelaburan dalam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan salah satu pelaburan tidak munasabah yang dilakukan oleh LTAT dengan pelaburan sebanyak RM500 juta.

“Dividen LTAT memang tahun ini rendah kerana kita terpaksa 'cover' laporan dahulu yang tidak betul. Sebenarnya, Audit Negara telah menegur laporan tahun 2016 yang dilaporkan pada 2017.

“Ianya tidak betul. Di antaranya melabur kepada AES sehingga LTAT terbantut yang lebih RM500 juta. Kalau wang itu berada di tangan LTAT, buat simpanan kita boleh dapat lebih RM30 juta,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sekalung Budi Media Pertahanan di Hotel Istana hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: LTAT telah jalankan tanggungjawab, kata Mat Sabu

LTAT sebelum ini mengumumkan dividen dua peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018, dengan jumlah agihan RM161.2 juta yang akan diagihkan pada ahli minggu ini.

Mohamad yang juga merupakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, kerajaan memerlukan tempoh tiga tahun bagi memulihkan semula keadaan kewangan yang dihadapi LTAT.

Artikel Berkaitan:

“Mereka (pengurusan) yakin dalam masa tiga tahun LTAT akan kembali baik keadaannya setelah diperbetulkan kesilapan dahulu,” katanya.