X

Kindly register in order to view this article
!

Pukul isteri, lelaki dijel 8 bulan

Rohazan dipenjara lapan bulan selepas mengaku salah memukul isterinya sehingga cedera di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana memukul isterinya sehingga cedera.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Rohazan Hashim, 47, mengaku salah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Norliani Mohd Nordin, 40, di sebuah rumah di Flat Bukit Kecil di sini jam 6.30 petang pada 24 Mei lalu.

Dengan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes sebelum kejadian berlaku perselisihan faham di antara tertuduh dengan mangsa kerana berpunca masalah anak-anak.

Berikutan itu berlalu pertengkaran mulut di antara mereka sebelum tertuduh bertindak memukul dengan tangan di bahagian muka dan badan mangsa sehingga bengkak di muka dan luka di bibir.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus