Pesuruhjaya Pas Perlis dipindahkan ke HSB

Ambulans yang membawa Mohd Shukri ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Ambulans yang membawa Mohd Shukri ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
A
A
A

KANGAR - Pesuruhjaya Pas Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Ketua Penerangan Pas Perlis, Dr Saifizi Saidon berkata, Mohd Shukri masih diletakkan bawah pemantauan rapi doktor dan hanya keluarga terdekat yang dibenarkan melawat beliau.

"Kita menyeru agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shukri rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika berucap pada ceramah muafakat UMNO-Pas di Dewan 2020, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Mohd Shukri yang merupakan penceramah pertama ketika itu memberi kata-kata aluan memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas sebelum secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Ceramah itu turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Sanglang kritikal

Rebah ketika berucap: Pesuruhjaya Pas Perlis stabil

Artikel Berkaitan: