Kuasa ALLAH!

Anak lembu jantan berkepala dua dan berkaki lima mati selepas dilahirkan dengan bantuan pegawai JPV Pahang.
Anak lembu jantan berkepala dua dan berkaki lima mati selepas dilahirkan dengan bantuan pegawai JPV Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penternak terkejut apabila lembu peliharaannya melahirkan seekor anak jantan berkepala dua dan berkaki lima di Kampung Seri Damai di sini petang semalam.

Pemiliknya, Ibrahim@Aziz Abdullah 66, berkata, dia bagaikan tidak percaya dengan peristiwa itu memandangkan selama ini hanya membaca mengenai kejadian seperti itu menerusi surat khabar.

Namun takdir ALLAH, dia bukan hanya dapat melihat dengan mata kepala sendiri kejadian luar biasa itu malah berpeluang untuk memegangnya.

"Ini kali pertama saya lihat perkara yang dianggap pelik ini selepas lebih 20 tahun menternak lembu.

"Lembu betina terbabit sudah melahirkan sepuluh anak namun anak ke-11 ini berkepala dua dan berkaki lima yang boleh dianggap istimewa dan menakjubkan," kata ketika ditemui di Kampung Seri Damai hari ini.

Petang semalam, tular satu gambar dan status mengenai kelahiran lembu yang aneh di laman sosial Facebook.

Tular mengenai anak lembu yang dilahirkan aneh.
Tular mengenai anak lembu yang dilahirkan aneh.

Gambar itu dikongsi pemilik akaun Eida Damia yang turut memuat naik beberapa keping gambar haiwan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ibrahim berkata, lembu betina miliknya menunjukkan tanda ingin melahirkan anak kira-kira jam 9 pagi semalam sewaktu berada di padang ragut.

Jelasnya, bagaimana proses tersebut mengambil masa enam jam sebelum haiwan terbabit dapat melahirkan anak.

"Lembu betina itu sukar hendak melahirkan anak disebabkan anaknya berkepala dua dan saya cuba mendapatkan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang.

"Empat pegawai JPV dibantu penduduk kampung selama kira-kira 15 minit berjaya menyelamatkan nyawa lembu betina itu," katanya.

Ibrahim berkata, ketika lahir anak lembu seberat 30 kilogram (kg) didapati mati disebabkan lemas kerana terlalu lama masa diambil untuk dilahirkan.

Katanya, ramai penduduk mengambil kesempatan untuk melihat haiwan itu sebelum dia menanam lembu berkenaan pada petang semalam.

Sementara itu, Mariani Ibrahim@Aziz, 32, berkata, dia dan penduduk kampung beberapa kali cuba membantu lembu betina itu melahirkan anaknya tetapi tidak berjaya

"Saiz anak lembu itu yang agak besar dan berkepala dua membuatkan lembu betina itu tidak boleh melahirkan anaknya secara normal.

"Jadi Pegawai perubatan JPV memberi suntikan sebelum berjaya menarik keluar anak lembu yang ketika itu sudah mati," katanya.

Anak lembu jantan berkepala dua dan berkaki lima yang menjadi perhatian penduduk untuk melihatnya.
Anak lembu jantan berkepala dua dan berkaki lima yang menjadi perhatian penduduk untuk melihatnya.

Mariani berkata, anak lembu aneh itu sudah ditanam selepas masyarakat setempat datang melihatnya sambil berpeluang mengambil gambar sebagai bukti.

"Saya menganggap apa yang berlaku semalam adalah sebahagian tanda kekuasaan ALLAH.

"Saya pasti ia adalah untuk tatapan hambanya supaya berfikir tidak lebih daripada itu," katanya.