Nilai keamanan hanya dirasai negara terjejas: Lam Thye

Lee Lam Thye
A
A

KUALA LUMPUR - Nilai sejati keamanan hanya akan dirasai oleh negara-negara yang tiada peluang untuk menghirup keamanan kerana terjejas akibat perang, konflik dan bencana, kata aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye.

Lam Thye yang juga Duta Keamanan Sejagat Malaysia bagi Santuari Keamanan Universal mengingatkan bahawa keamanan diperlukan untuk mengakhiri semua penderitaan di bumi.

"Keamanan membolehkan kita meraikan kehidupan sepenuhnya dan juga penting untuk pembangunan dan kemakmuran.

"Pemimpin kita juga sangat konsisten dalam mempromosikan keamanan, menamatkan peperangan dan konflik serta memulihara alam sekitar, termasuk pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun ini di New York," katanya dalam satu kenyataan hari ini pada akhir lawatannya ke Nepal.

Lam Thye dilantik sebagai Duta Keamanaktivis an Sejagat oleh Santuari Keamanan Sejagat Mahasiddha dari Nepal semasa perayaan Hari Wesak pada Mei tahun ini.

Beliau dan rombongannya melawat Nepal selama lima hari atas undangan Shyalpa Tenzin Rinpoche, pengasas Santuari Keamanan Sejagat Mahasiddha di Lumbini, Nepal. - Bernama