Lelaki India terkedu dipeluk Ustaz Ebit Lew

A
A

IPOH - Penceramah bebas terkenal, Ebit Lew melalui Instagramnya berkongsi kegembiraan bertemu seorang lelaki berketurunan India yang membantunya ketika beliau terbabit kemalangan di Ipoh kelmarin.

Kemalangan itu membabitkan lima kenderaan sehingga mengakibatkan tayar kenderaan Ebit Lew pecah selepas terlanggar sebatang besi di tengah lebuh raya.

Ebit turut berkongsi kebaikan Tiyahgah Raja yang menjadi individu pertama membantu tanpa mengira bangsa dan agama.

“Rahmat ALLAH malam ni saya jumpa seorang India, Tiyahgah Raja.

“Baik sangat orangnya. Raja ajak saya naik keretanya sampai nak hantar balik rumah.

“Syukur dapat berkongsi dan berdakwah. Allahuakbar. Terkesan dengan akhlaknya, dia seorang India dan bukan Islam.

“Fasih sangat cakap Melayu. Abang (Raja) ni suka tolong orang. Sudah 30 tahun jadi ‘driver’ selalu tolong orang. Dari mula sampai habis, dia sibuk tolong semua orang,” tulis beliau di Instagramnya.

Katanya, pertemuan itu menjanjikan 1,001 rahmat kerana Raja turut memberitahu tidak pernah dipeluk seorang bergelar ustaz sepanjang hidupnya.

“Ini malam paling indah dalam hidup saya. Malam ini banyak saya pelajari. Hikmahnya perjalanan malam ini dapat berbual dengan abang (Raja) selama dua jam.

“Sepanjang jalan saya cerita hikmah, ini kerana kebaikan ALLAH selamatkan kita dari musibah lebih besar.

"Tiba sahaja di rumah, saya peluknya lama dan rasa sayang padanya. Walau berlainan bangsa dan agama. Rasa sayang dan terhutang budi padanya.

“Dia suka sangat dan hormat pada Islam. Dari tadi Raja mesej saya katanya suka pada kebaikan Islam. Ini semua rahmat ALLAH, ALLAH temukan kita. ALLAH sayang kita,” katanya sebak.

Dalam pada itu, Ebit Lew telah memuat naik video kemalangan itu di Instagram yang kini meraih 432, 647 tontonan dalam tempoh 24 jam.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. 5 biji kereta tayar koyak. Langgar besi besar tengah jalan. Saya kena 2 biji tayar koyak. Highway dari Penang ke Kl. 1km sebelum ipoh selatan. Ya Allah syukur selamat.Cian ada kereta bawa anak kecil dalam kereta Anak-anak muda beranikan diri angkat besi besar tu dari tengah highway Plus. Risau ada kereta langgar lagi. Paling risau kalau ada motor langgar. Allahu seramnya tengok. Tadi semua kereta nyaris terbalik . Rahmat Allah malam ni saya jumpa seorang India Tiyahgah Raja. Baik sangat orangnya. Lepas angkat alihkan dan pegang besi besar raja offer saya naik keretanya sampai nak hantar balik rumah. Syukur dapat berkongsi dan berdakwah. Allahuakbar. Terkesan dengan akhlaknya dia seorang India dan bukan Islam. Fasih sangat Melayu. Abang ni suka tolong orang. 30 tahun jadi driver selalu tolong orang. Dari mula sampai habis walau keretanya boleh berjalan. Dia sibuk tolong semua orang . Sedih sebak dengar kisah hidupnya. Kerja siang malam untuk keluarga. Tapi diuji kini duduk seorang diri kerana salah faham. Dia menangis rindukan 2 anaknya. Sepanjang jalan cerita hikmah kerana kebaikan Allah selamatkan kita dari musibah lebih besar . Beliau setia dan tiada orang lain selain rindu anaknya. Memang nampak dia baik orangnya. Tapi kerana fitnah keluarganya musnah. Dah 6 tahun tak jumpa anak. Semoga Allah lembutkan hati isteri dan anaknya . Sampai rumah hantar saya. Saya peluknya lama dan rasa sayang padanya. Walau berlainan bangsa dan agama. Rasa sayang dan terhutang budi padanya. Beliau sebak dan katanya sepanjang hidup 30 tahun saya tak pernah ada seorang ustaz peluk saya. Bertuah dapat jumpa ustaz. Ulangkali dia ucap begitu. Katanya dia selalu niat tolong orang. Tapi saya tak pernah jumpa seseorang seperti ustaz. . Ini malam paling indah dalam hidup saya. Malam ini banyak saya pelajari. Hikmahnya perjalanan malam ini dapat berbual dengan abang ini 2jam. Dia suka sangat dan hormat pada Islam. Dari tadi Raja mesej saya katanya sukanya pada kebaikan Islam ini. Ini semua rahmat Allah. Allah temukan kita. Allah sayang kita-ebitlew #www.transformjiwa.com #keluargasunnah #mingguIni #kuantan melaka k.terengganu #kltn #sabah #srwk

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on Sep 28, 2019 at 2:10pm PDT