Klopp berminat bimbing Jerman

Klopp berkemungkinan meninggalkan Liverpool pada 2022.
Klopp berkemungkinan meninggalkan Liverpool pada 2022.
A
A
A

PENYOKONG Liverpool mungkin sudah mula risau apabila pengurus kesayangan mereka, Jurgen Klopp mengakui berminat untuk melatih Jerman seterusnya bakal meninggalkan The Reds sebaik sahaja kontraknya tamat pada 2022.

Sebelum ini, ejen Klopp, Marc Kosicke mengakui pengendali kelahiran Jerman itu tidak akan ke kelab lain, namun pernah menyatakan hasratnya untuk membimbing skuad Die Mannschaft pada masa akan datang.

"Klopp sendiri pernah berkata jika tiba masanya Joachim Low (pengendali Jerman) berundur daripada pasukan, dia mahu duduk di kerusi itu.

"Masa depan Low di Jerman juga berada dalam keadaan terumbang-ambing. Saya pun tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang," katanya.

Kontrak Klopp di Anfield akan berakhir pada tahun 2022 dan setakat ini bekas pengendali Borrusia Dortmund itu belum menyatakan keputusan untuk menyambung kontrak bersama kelab gergasi Inggeris itu.

Pada tahun yang sama, Jerman bakal menghadapi saingan Piala Dunia di Qatar dan seandainya Jerman gagal, maka Low kemungkinan besar akan dipecat.

Menurut Kosicke, pengendali berusia 52 tahun itu sendiri kurang selesa dengan faktor cuaca di England yang banyak mempengaruhi taktikalnya di padang.

"Klopp masih ada kontrak sehingga 2022 dan bukan rahsia apabila pengurusan kelab mahu menyambung kontraknya. Kami akan menunggu dan melihat perkembangannya dan dalam masa sama menilai iklim di England dan Jerman," ujarnya.

Artikel Berkaitan: