Leicester laung amaran

Pemain Leicester perlu terus konsisten jika mahu menamatkan saingan liga di kedudukan lima terbaik.
Pemain Leicester perlu terus konsisten jika mahu menamatkan saingan liga di kedudukan lima terbaik.
A
A
A

Leicester City melaungkan amaran betapa prestasi mereka tidak boleh dipandang mudah musim ini selepas membelasah Newcastle United 5-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di King Power Stadium awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan The Foxes berada di kedudukan ketiga carta liga di atas beberapa pasukan gergasi seperti Manchester United, Chelsea dan Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, pengendali Leicester, Brendan Rodgers menyifatkan masih banyak yang perlu diperbaiki pasukannya selepas mempamerkan permulaan baik dalam saingan liga musim ini.

"Ia hanya satu proses. Semua faham di mana kedudukan Leicester dan ia situasi yang sukar. Kami perlu terus mengekalkan permainan sebegini, sekali gus mengekalkan kedudukan di empat terbaik.

"Kami memiliki ramai pemain muda dan sudah tentu ia memerlukan masa untuk membentuk mereka tetapi saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh para pemain," katanya.

Dalam masa sama, Rodgers mahu pemainnya mengikuti corak permainan Liverpool dan Manchester City yang disifatkan sebagai sebuah pasukan cukup lengkap dalam EPL.

"Jika hendak dibandingkan dengan Liverpool dan Manchester City, Leicester memang agak jauh tetapi lihatlah kami mampu berada di belakang mereka dan mengekori rapat.

"Saya percaya kesungguhan, komitmen dan disiplin pemain akan memastikan kami berada di kedudukan sekurang-kurangnya lima terbaik liga," kata bekas pengendali Liverpool itu.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, Leicester berjaya meraih empat kemenangan, dua seri dan satu kalah daripada tujuh perlawanan EPL.