Remaja maut motosikal terhumban masuk rumah penduduk

Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum terhumban masuk ke rumah penduduk di Sungai Buaya hari ini.
Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum terhumban masuk ke rumah penduduk di Sungai Buaya hari ini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum terhumban masuk ke sebuah rumah penduduk di Jalan Kantansari Sungai Buaya di sini hari ini.

Ketika kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Aliff Najmi Sariman Adi, 16, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Persiaran Bakawali.

"Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda terbabas sendiri dan terhumban masuk rumah penduduk. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: