Hospital moden bernilai RM267.6 juta bakal dibina

Amirudin ketika menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Bagi Pembangunan Hospital di antara Selgate Corporation dan Propadu Engineering di bilik mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Amirudin ketika menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Bagi Pembangunan Hospital di antara Selgate Corporation dan Propadu Engineering di bilik mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
A
A
A
SHAH ALAM - Berita baik buat rakyat Bangi apabila sebuah hospital moden bernilai RM267.6 juta bakal dibina di kawasan itu bagi menampung keperluan penduduk kawasan itu dan sekitarnya.

Projek itu bakal terlaksana menerusi perjanjian usaha sama antara anak syarikat milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selgate Corporation Sdn Bhd (Selgate) dan Propadu Ingineering Sdn Bhd (Propadu).

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kemudahan itu bakal memuatkan 223 buah katil, dilengkapi peralatan medikal terkini dengan khidmat rawatan multi-displin di bidang obstetrik dan genekologi, pediatrik, ortopedik, perubatan am dan pembedahan am.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk melibatkan diri dalam sektor kesihatan yang diumumkan pada 2015 lalu.

“Bidang perubatan seperti ini akan membantu meningkatkan ekonomi negeri apabila menggalakkan sektor pelancongan perubatan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Bagi Pembangunan Hospital di antara Selgate Corporation dan Propadu Engineering di bilik mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selgate, Noor Hisham Mohd Ghout berkata projek tersebut dibangunkan di atas tanah milik PKNS.

Selain hospital itu, Selgate turut menyasarkan pembangunan tiga buah hospital menjelang 2021/2022.

Pihaknya menyasarkan Selgate menjadi pemain utama dalam sektor penjagaan kesihatan di Lembah Klang menerusi rangkaian hospital ‘no-frills’ dengan memfokuskan pasaran kelas menengah serta menyampaikan khidmat rawatan berkualiti pada harga berpatutan.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, projek pertama dibangunkan di Rawang kini rancak dibangunkan “Hospital di Rawang ini dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2020,” katanya.