Khalid Samad bebas tuduhan menghasut

Khalid Abdul Samad - Foto Bernama
Khalid Abdul Samad - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Hakim Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar memberitahu mahkamah pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Dengan membatalkan rayuan pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rohatul Akmar Abdullah yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Shah Alam itu pada 7 Jun 2018 lalu.

Rohatul membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes.

Mahkamah memutuskan kenyataan yang dibuat Khalid bersifat cadangan dan tidak terjumlah kepada hasutan, oleh itu beliau dilepaskan tanpa dipanggil membela diri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Khalid didakwa mengeluarkan kenyataan itu di kawasan lobi Parlimen pada jam 11.30 pagi pada 17 Jun 2014.

Khalid didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan rayuan kes hasutan Khalid Samad 30 September

Artikel Berkaitan: