Dua maut kemalangan babit enam kenderaan

Keadaan salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan pagi tadi.
Keadaan salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga India maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan bersama lima kereta lain di KM12.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) di sini awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai G Thiyagaran, 36, dan warga India, Kathiresan Sudha, 34, maut akibat akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta mangsa dilanggar sebuah kereta lain dari arah belakang.

“Pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu berhenti di tengah jalan sebelum dirempuh empat lagi kereta dari arah sama kerana tidak sempatmengelak.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala sembilan mangsa daripada lima kereta lain dibawa ke hospital kerana kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

Beliau turut memohon kerjasama saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat.

“Siasatan sedang dibuat dan polis juga sudah membawa semua kenderaan yang terlibat untuk menjalani pemeriksaan di Puspakom Senai,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.