Akaun Facebook, Twitter palsu digunakan fitnah JPN: Polis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mendapati akaun Twitter dan Facebook menggunakan nama 'Tengku Raja Alam Shah' bahawa 200,000 menerima sijil kewarganegaraan baharu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), adalah palsu.

Ketua Penolong Pengarah BaThagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid berkata, akaun laman sosial itu dipercayai digunakan untuk memfitnah JPN.

"Kita telah menerima laporan polis dari Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh. Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Kelmarin, JPN membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan menyeluruh mengenai dakwaan itu berikutan maklumat dikemukakan adalah tidak benar.

Dalam kenyataan Ruslin memaklumkan jumlah yang dinyatakan dalam dakwaan itu adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak munasabah kerana proses mendapatkan taraf kewarganegaraan amat rumit serta memerlukan penelitian dan prosedur yang ketat daripada pelbagai aspek.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memberikan kewarganegaraan baharu kepada 200,000 penerima.

Kementerian itu berkata, dakwaan yang ditular pemilik akaun Twitter 'Tengku Raja Alam Shah' itu tidak benar kerana sejak mengambil alih kerajaan pada Mei tahun lepas hanya kira-kira 4,000 kewarganegaraan diberikan kepada penerima yang layak.

Untuk rekod bagi tempoh Mei 2018 sehingga 15 September lalu sebanyak 19,788 permohonan taraf kewarganegaraan telah diterima oleh JPN dan daripada jumlah tersebut hanya 4,422 sahaja yang telah diluluskan bagi mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh keluarkan 200,000 sijil warganegara, JPN lapor polis

KDN nafi dakwaan beri 200,000 kewarganegaraan baharu