Dua maut rusuhan penjara di Filipina

Beberapa banduan cedera di kepala semasa rusuhan di Penjara Manila semalam.
Beberapa banduan cedera di kepala semasa rusuhan di Penjara Manila semalam.
A
A
A

MANILA - Sekurang-kurangnya dua banduan terbunuh dan 27 lagi cedera dalam rusuhan penjara di Filipina awal pagi semalam.

Kejadian berlaku di Penjara Manila kira-kira jam 6.30 pagi (waktu tempatan) dan berlanjutan selama 10 minit sebelum situasi kembali terkawal.

Media tempatan melaporkan, banduan yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Memorial Jose Reyes untuk rawatan lanjut.

"Dua banduan meninggal dunia ketika tiba di hospital," kata pegawai penjara.

Difahamkan, pertengkaran kecil antara dua tahanan telah mencetuskan rusuhan tersebut.

Isu dianggap remeh sering menjadi pencetus rusuhan penjara yang menyaksikan kematian banduan di Filipina.

Pada 2017, baldi air dilaporkan menjadi punca rusuhan di Penjara Quezon City yang meragut nyawa seorang tahanan. - Agensi

Artikel Berkaitan: