Sembilan cedera dirempuh ketika sambutan Tahun Baharu di Jepun

Polis memeriksa kenderaan yang dipandu seorang pemuda dengan ‘niat membunuh’ di Harajuku ketika sambutan Tahun Baharu, semalam. - Foto AFP
Polis memeriksa kenderaan yang dipandu seorang pemuda dengan ‘niat membunuh’ di Harajuku ketika sambutan Tahun Baharu, semalam. - Foto AFP
A
A
A
TOKYO - JEPUN. Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera, seorang daripada mereka parah apabila sebuah kenderaan merempuh sekumpulan orang awam yang meraikan sambutan Tahun Baharu di Harajuku, semalam.

Menurut jurucakap polis, suspek dikenali sebagai Kazuhiro Kusakabe, 21, memandu sebuah kenderaan dengan ‘niat membunuh’ di Jalan Takeshita, 10 minit selepas waktu tengah malam.

Media tempatan pula melaporkan, Kusakabe merempuh sembilan orang di jalan terbabit yang ditutup untuk kenderaan ketika orang ramai memenuhi kawasan itu untuk meraikan Tahun Baharu.

Kusakabe memberitahu polis, dia bertindak sedemikian sebagai ‘balasan untuk hukuman mati’, tanpa memberikan butiran lanjut.

Susulan insiden itu, suspek ditahan kerana cubaan membunuh. - AFP
Artikel Berkaitan: