Tiga maut nahas dua kenderaan

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 23, Jalan Nitar Mersing petang tadi.
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 23, Jalan Nitar Mersing petang tadi.
A
A
A

MERSING - Tiga kakitangan sebuah sekolah agama swasta di Simpang Renggam maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Kilometer 23 Jalan Nitar Mersing, kira-kira jam 1.40 petang tadi.

Ketiga-tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Sodiq Abu Bakar, 40, Shamjuddin Romani, 59, dan Mohd Khairy Abd Jaafar, 37.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, semua mangsa dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke Kluang telah bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Menurutnya, dua mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Mersing.

"Pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: