Terengganu tunai manifesto wujud pusat pengajian tinggi Islam

Ahmad Samsuri (tengah) dan Syed Zainal Abidin (empat dari kanan) bersama sebahagian peserta yang hadir ke Program Bicara Darul Iman hari ini.
Ahmad Samsuri (tengah) dan Syed Zainal Abidin (empat dari kanan) bersama sebahagian peserta yang hadir ke Program Bicara Darul Iman hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Terengganu bakal mempunyai sebuah institusi pengajian tinggi Islam apabila kerajaan negeri bersetuju mewujudkan pusat pengajian itu bagi menggantikan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu juga selaras dengan janji manifesto Pas Terengganu kepada rakyat negeri ini pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) iaitu mewujudkan semula pusat pengajian Islam.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut katanya, kerajaan negeri sudah memulakan gerak kerja menilai dan mengkaji kesesuaian lokasi, jenis kursus akan ditawarkan, jangka masa, nama serta aspek lain yang berkaitan.

“Pada peringkat ini kita lihat kesesuaian berdasarkan perkembangan peraturan-peraturan yang sedia ada sebab kita perlukan kesinambungan. Kita sudah membentuk SRIDI (Sekolah Rendah Islam Darul Iman), tahun 2020 akan ada SMIDI (Sekolah Menengah Islam Darul Iman).

“Sekolah rendah dan sekolah menengah Islam sudah. Tentulah objektif kita di peringkat pengajian tinggi pula,” katanya selepas menghadiri Program Bicara Darul Iman bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di Wisma Darul Iman hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, pusat pengajian untuk melahirkan ilmuwan memerlukan persediaan sekurang-kurangnya empat hingga lima tahun serta kajian lengkap dan holistik.

Menurutnya, kerajaan belum memutuskan nama institusi berkenaan, bertaraf kolej atau universiti dan lokasinya walaupun banyak pihak berminat menawarkan kawasan.

“Kita akan kaji dulu ikut kesesuaian. Kita memang betul-betul berhasrat (wujudkan) dan kita akan realisasikan seminimum mungkin, setakat mana kita boleh buat dulu,” katanya.

Artikel Berkaitan: