JDT lunas misi ke separuh akhir

Pemain JDT meraikan kemenangan mereka mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menundukkan TFC, 4-1 dalam aksi suku akhir kedua. -Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS
Pemain JDT meraikan kemenangan mereka mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menundukkan TFC, 4-1 dalam aksi suku akhir kedua. -Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS
A
A
A

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyifatkan semangat inginkan kemenangan menjadi antara salah satu faktor kejayaan anak buahnya mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menumpaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Menurutnya, skuad Harimau Selatan sentiasa dahagakan kemenangan dan jika sikap tersebut tidak diterapkan dalam kalangan pemain, pasukan bimbingannya itu mungkin tidak akan meraih kejayaan pada perlawanan terbabit.

“Malah pada pada pertembungan edisi musim lalu dengan Terengganu, ia sangat mengecewakan buat kami. Malah saya boleh katakan bahawa perlawanan malam ini adalah peluang kami untuk 'membalas dendam' dengan kekalahan itu dan pemain telahpun membuktikannya.

“Kami akui TFC adalah pasukan yang sukar dan saya telah ingatkan pemain bahawa peluang untuk ke separuh akhir masih terbuka walaupun kita telah menang 1-0 di Terengganu. Jika kami masih mengekalkan corak permainan yang sama seperti aksi terdahulu maka ia akan jadi lebih sukar buat pasukan.

"Jadi saya tekankan kepada pemain agar mereka dan melakukan jaringan pantas untuk memberi sedikit kelebihan buat pasukan dan para pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan. Saya rasa segalanya tentang kemenangan dan mereka sentiasa terdorong [untuk menang],” jelasnya.

Pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan hasil sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada minit ke-16 sebelum Safawi Rasid mengukuhkan kedudukan pada minit ke-22 dan melebarkan jaringan pada minit ke-36 untuk gol ketiga JDT.

Cabrera sekali lagi muncul wira buat JDT apabila meledakkan gol keempat tuan rumah pada minit ke-39 sebelum kapten pasukan TFC, Lee Andrew Tuck menjaringkan gol saguhati buat pelawat pada minit ke-45.

Artikel Berkaitan: