Warga Perak meriahkan Bijak Masak Bijak Niaga bersama Saji

A
A
A

IPOH - Seramai 115 peserta hadir memeriahkan Bijak Masak Bijak Niaga bersama Seri Pelangi anjuran Sinar Harian dan FGV Holdings Berhad (FGV) di Aeon Station 18 di sini hari ini.

Seawal jam 9 pagi, peserta dari Majlis Agama Islam Perak (Maipk), Persatuan Wanita Taman Raia dan pembaca Sinar Harian hadir ketika pendaftaran.

Peserta dibekalkan dengan enam resipi pilihan dan Chef Wan Mohd Rathnor Wan Mohd Radhi memulakan demonstrasi bagi resipi Daging Keema dan Samosa Daging Ala Chef dan Roti Arab Pelangi dengan menggunakan produk pilihan pengguna, Saji.

Antara produk Saji yang digunakan.
Antara produk Saji yang digunakan.

Hadir sama Pengurus Besar Pemasaran Delima Oil Products Sdn Bhd, Farhan Hafetz.

Pengunjung boleh menyaksikan aksi Chef Wan Mohd Rathor sambil menyampaikan tips-tips masakan dan berniaga di Aeon Station 18, Ipoh sehingga jam 1 petang.

Selain memasak, chef turut memberikan tips tips berniaga.
Selain memasak, chef turut memberikan tips tips berniaga.

Artikel Berkaitan: