Ngaca sugho eratkan ukhuwah

Peserta bergotong-royong menyediakan bubur sugho dalam Majlis Ngaca Sugho anjuran KAKA.
Peserta bergotong-royong menyediakan bubur sugho dalam Majlis Ngaca Sugho anjuran KAKA.
A
A
A

AMPANG - Biarpun berada jauh di perantauan namun ia bukan penghalang kepada anak Kelantan di bawah naungan Kelab Anak Kelantan Ampang (KAKA) untuk bersama mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam memeriahkan Majlis Ngaca Sugho hari ini.

Menariknya majlis yang dianjurkan di rumah Kelab Anak Kelantan di Taman Seri Merdeka itu dijadikan acara tahunan kelab berkenaan.

Ahli KAKA bergambar bersama Muhammad Nasir pada Majlis Ngaca Sugho di Rumah KAKA semalam.
Ahli KAKA bergambar bersama Muhammad Nasir pada Majlis Ngaca Sugho di Rumah KAKA semalam.

Presidennya, Noor Azman Omar berkata, sajian bubur sugho adalah hidangan wajib disajikan setiap tahun.

"Ngaca sugho ini bermaksud mengacau bubur asyura, bubur sugho yang disajikan ini adalah bubur yang dihasilkan mengikut resipi sejak zaman berzaman.

"Dengan pelbagai bahan termasuk daging menjadikan rasanya enak dan apa yang menjadi kewajipan adalah hidangan ini dimasak secara gotong-royong," katanya.

Katanya pada Majlis Ngaca Sugho KAKA yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah di Taman Seri Merdeka di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Nasir turut hadir bersama menyediakan hidangan bubur sugho semalam.
Muhammad Nasir turut hadir bersama menyediakan hidangan bubur sugho semalam.

Noor Azman berkata, majlis itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan malah terdapat ahli sanggup datang sejak awal pagi untuk menyediakan bahan hidangan.

"Malah kesemua ahli sanggup memberikan komitmen untuk bersama memastikan majlis ini berjalan lancar dan sempurna," katanya.

Hidangan bubur sugho diagihkan kepada ahli dan jemputan selepas siap dimasak.
Hidangan bubur sugho diagihkan kepada ahli dan jemputan selepas siap dimasak.

Majlis yang bermula kira-kira jam 7 pagi itu dihadiri lebih 100 ahli KAKA.