Lelaki Jepun ditemui mati di bilik tidur

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki warga Jepun berusia 63 tahun ditemui mati dalam bilik tidurnya di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, polis menerima maklumat kira-kira jam 12 tengah hari daripada pihak pengurusan kondominium terbabit selepas terhidu bau busuk.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati pintu jeriji berkunci dari dalam.

"Rumah mangsa dimasuki melalui pintu belakang selepas bantuan pihak Bomba Selayang. Mayat mangsa lelaki itu ditemui dalam keadaan terlentang dan berselimut di atas katil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mengesyaki mangsa mati sejak lima hari lalu.

Katanya, tiada unsur jenayah dikesan dan temu bual dengan pihak pengurusan memaklumkan mangsa tinggal seorang diri.

"Siasatan diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: