Dua maut langgar pokok di Betong

No Image Caption
A
A
A
BETONG - Dua maut manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Batu 2, Jalan Lidung, Betong malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kemalangan yang berlaku kira-kira 10.40 malam itu menyebabkan dua daripada mereka tersepit di dalam kenderaan dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba.

Kedua-dua yang tersepit iaitu masing-masing warga tempatan dan rakyat Indonesia disahkan mati di tempat kejadian, katanya di sini.

Katanya mereka yang cedera pula telah dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut.

Kes telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan: